Monday, January 11, 2010

...السلام عليكم

Salam.. Pembuka bicara yang begitu indah.

"Fuhhh.." hanya itu yang aku mampu katakan. Sebab?
Sebab lama sudah aku tak "menggodek" blogku ini. Emm..

Tadi (11/01/2010) aku terserempak dengan sahabatku yang juga pengiat aktif dalam dunia blogger. Antara yang sempat dibicarakan, " blog hang senyap ja lani, busy kot..." begitulah lebih kurang antara ucapan beliau (harap2 tak tersedak la sahabatku itu dek kerana aku memperkatakan perihalnya)..

Detik itulah antara penyebab aku kembali mencoretkan ceritera aku di blog ni.. Kalau tak terserempak dengan sahabat aku seperti yang dijelaskan tadi, alamatnya kesepian ~:: Inspirasi ::~ akan berpanjangan mungkin dalam seminggu dua lagi..

Mengapa aku menyepi, mungkin hanya Dia saja yang tau, tapi sesuatu yang aku hendak kongsikan bersama ini mungkin antara penyebab yang sedikit sebanyak berkaitan dengan emosi dan perasaanku sebagai insan biasa.. Bukan mengenai cinta, tetapi tentang seseorang dikalangan keluargaku yang pergi takkan kembali.

Dalam post yang lalu - Kesedihan menjelang RAMADHAN - aku menceritakan tentang tok(nenek) aku yang telah pergi bertemu Ilahi. Pada 14 November 2009 aku sekali lagi dikejutkan dengan dugaan yang Dia berikan. Pak Cik aku telah kembali kerahmatullah awal seusia 34 tahun akibat sakit teruk yang dialami hanya selama 3 minggu..

Terdetik dihati untuk aku pulang ke kampung sehari sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Aku sempat berjumpa pakcik di Hospital Pulau Pinang. Sedih. Badan dan wajah jauh sekali berbeza dari sebelum ini. Paling aku tak dapat tahan sedih, dia dah tak kenal sesiapa walaupun isterinya dan mak ayahnya..

Sebak hati aku bila menyaksikan dia sedang nazak dan saat menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Perginya seorang insan meninggalkan seorang isteri yang baru 3 tahun dinikahinya serta seorang cahayamata perempuan yang tidak mengerti apa-apa (1 tahun 4 bulan)..

Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisi-Nya. Amin..
...الفاتحة
hanya tinggal kenangan....