Wednesday, September 9, 2009

Kesedihan menjelang RAMADHAN

Ramadhan kali ini agak berlainan untuk keluargaku. Bukan menafikan keindahan ramadhan yang sepatutnya diraikan, tetapi kesedihan yang tidak dapat dipaling. 30 Syaaban 1430 bersamaan Jumaat 21 Ogos 2009, sehari sebelum ummat islam menyambut Ramadhan yang dinanti, Allah telah mengutuskan malaikat Izrail membawa pulang nenek kesayanganku kepangkuanNya. Tidak dapat dinafikan, Aidilfitri yang bakal tiba juga akan terasa asing bagi kami sekeluarga. Bukan meratapi kematiannya, tapi menangisi kesedihan yang tidak dapat dikekang bagi seorang insan yang punya perasaan.

Hanya hadith nabi pengubat pilu, "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur". Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah..

2 comments:

  1. Salam..Ruzaini
    Al-Fatihah untuk arwah nenek Ruzaini yang telah kembali ke rahmatullah. Saya doakan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amin.
    Nenek saya juga sudah lama meninggal dunia. Tetapi kenangan bersamanya tetap hidup dihati saya. Dalam blog 'Jom Sewa Buku' ada saya ceritakan 'Kenangan Bersama Nenek'...cubalah baca..semoga dapat meringankan sedikit rasa rindu Ruzaini terhadap nenek kesayangan.
    wassalam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak. 'Kenangan Bersama Nenek' tidak akan saya lupakan

    ReplyDelete