Monday, September 14, 2009

Mimpiku yang pelik


Mimpi adalah mainan tidur. Selalunya mimpi adalah tidak benar kecuali bermimpi bertemu Rasulullah. Abu Hurairah RA menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:” Barangsiapa yang melihatku dalam tidurnya, sesungguhnya ia telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai diriku” (HR Syaikhain dan Tirmidzi). Tidak dinafikan mimpi juga sesetengahnya adalah petunjuk dari Allah S.W.T kepada yang beristikharah.

Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang mimpi yang aku alami semalam. Perkara pertama yang aneh adalah, mimpi itu bersambungan walaupun aku terjaga 3 kali. Aku terjaga pun sebab ketakutan! Banyak yang berlaku dalam mimpi aku itu & aku cuba ingat kembali untuk ceritakan disini.

Pertama adalah aku bermimpi, di Malaysia pada satu masa nanti keadaan jenayah semakin teruk sehinggakan, pembunuhan berlaku di tempat awam. Dalam mimpi aku tu, ada 2 orang lalu di depan aku lalu tidak semena-mena menembak seorang budak dan melakukan tembakan rawak. Takut jugak aku sebab jadi depan mata aku.

Lepas kejadian tu aku terus lari balik rumah. Sampai di rumah, semua tengah menonton berita yang bertajuk "Gelombang kedua H1N1 akan mengorbankan lebih 5 juta penduduk". Lagi la aku takut. Dalam mimpi tu pulak aku mimpi yang aku akan mati pada pukul 2.30 petang ni (14 September 2009). Siapa yang tak takut kalau tau dia nak mati bila? Amal pun belum cukup lagi.

Sejurus lepas tu, aku ditawarkan untuk pergi ke ISS (International Space Station) untuk lari dari wabak H1N1 dan dibiayai sepenuhnya. Pelik kan? Merepek pun ada. Tapi macam tu lah aku mimpi. Yang paling aku takut adalah aku dapat tau yang aku akan mati pada pukul 2.30 petang. Hampir menangis aku bila terjaga teringatkan mimpi aku tu.

Sememangnya ilmu yang aku ada masih cetek untuk membicarakan hal-hal mimpi. Apa yang aku ceritakan ini adalah pengalaman mimpiku semata-mata. Sebagai ummat islam kita seharusnya mempercayai Qada' dan Qadar. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku, dosa kedua ibubapaku, dan dosa-dosa sekalian ummat islam. Amin..

1 comment:

  1. Salam...

    Mimpi hanya mainan tidur. Beristighfarlah banyak-banyak. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.

    Saya juga pernah bermimpi suami kesayangan saya meninggal dunia. Teresak-esak saya menangis. Perkara itu seakan-akan benar berlaku. Semenjak saya didatangi mimpi yang sedih itu, perasaan sayang saya terhadap suami semakin bertambah. Saya benar-benar takut kehilangan beliau.
    wassalam

    ReplyDelete