Wednesday, September 16, 2009

:: Lambaian Aidilfitri ::

Ramadhan hampir berlalu. Mesti nanti rindu saat-saat terawikh tambah2 pulak kena imam yang baca sedap. Emm.. Raya tahun ni rasa biasa je. Semangat raya masa kecik2 dulu bukan main lg, al maklumlah mengumpul duit raya..

Sambil mengelamun, terdengar pulak lagu "Lambaian Aidilfitri" dendangan Saleem & Jamal Abdillah, rasa nak balik kampung dah membuak-buak dah ni. Perantau la katakan.. Dalam kepala memang tak ingat lain dah melainkan ingat dekat kampung. Tapi yang tak bestnya masa nak drive balik nanti. Penat... Walaupun kereta yang bergerak tak tau la kenapa penat sangat. Yela, 6jam drive.. Tapi bila dah sampai Aloq Staq, gembira tak terkata.

Ada lagi yang best. Yang bestnya baju raya ku tak beli lagi! hehehe... malas nak beli awal-awal.. Beli lambat excited cikit nak
pakai. Tema familyku tahun ni dikatakan berwarna hijau. Hijau pon hijau lah. Sejuk cikit mata memandang.

Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. Bagi yang pulang dengan memandu, pandulah dengan cermat dan berhati-hati. Aidilfitri untuk dirai, bukan untuk ditangisi. Ingatlah orang yang tersayang..

Monday, September 14, 2009

Mimpiku yang pelik


Mimpi adalah mainan tidur. Selalunya mimpi adalah tidak benar kecuali bermimpi bertemu Rasulullah. Abu Hurairah RA menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:” Barangsiapa yang melihatku dalam tidurnya, sesungguhnya ia telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai diriku” (HR Syaikhain dan Tirmidzi). Tidak dinafikan mimpi juga sesetengahnya adalah petunjuk dari Allah S.W.T kepada yang beristikharah.

Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang mimpi yang aku alami semalam. Perkara pertama yang aneh adalah, mimpi itu bersambungan walaupun aku terjaga 3 kali. Aku terjaga pun sebab ketakutan! Banyak yang berlaku dalam mimpi aku itu & aku cuba ingat kembali untuk ceritakan disini.

Pertama adalah aku bermimpi, di Malaysia pada satu masa nanti keadaan jenayah semakin teruk sehinggakan, pembunuhan berlaku di tempat awam. Dalam mimpi aku tu, ada 2 orang lalu di depan aku lalu tidak semena-mena menembak seorang budak dan melakukan tembakan rawak. Takut jugak aku sebab jadi depan mata aku.

Lepas kejadian tu aku terus lari balik rumah. Sampai di rumah, semua tengah menonton berita yang bertajuk "Gelombang kedua H1N1 akan mengorbankan lebih 5 juta penduduk". Lagi la aku takut. Dalam mimpi tu pulak aku mimpi yang aku akan mati pada pukul 2.30 petang ni (14 September 2009). Siapa yang tak takut kalau tau dia nak mati bila? Amal pun belum cukup lagi.

Sejurus lepas tu, aku ditawarkan untuk pergi ke ISS (International Space Station) untuk lari dari wabak H1N1 dan dibiayai sepenuhnya. Pelik kan? Merepek pun ada. Tapi macam tu lah aku mimpi. Yang paling aku takut adalah aku dapat tau yang aku akan mati pada pukul 2.30 petang. Hampir menangis aku bila terjaga teringatkan mimpi aku tu.

Sememangnya ilmu yang aku ada masih cetek untuk membicarakan hal-hal mimpi. Apa yang aku ceritakan ini adalah pengalaman mimpiku semata-mata. Sebagai ummat islam kita seharusnya mempercayai Qada' dan Qadar. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku, dosa kedua ibubapaku, dan dosa-dosa sekalian ummat islam. Amin..

Saturday, September 12, 2009

Hanya Ingin Ingat Mengingati...

Aidilfitri menjelang tiba. Ramai yang ingin pulang ke kampung halaman. Penggunaan jalan raya bertambah. Dengan jumlah peningkatan itu, maka bilangan kemalangan juga akan meningkat. Majoriti sedar akan keadaan ini, namun ada yang terlupa mahupun ada yang ambil mudah.

Biar lambat asal selamat. Igatlah orang yang tersayang. Aidilfitri untuk dirai, bukan untuk ditangisi. Cuma ingin ingat mengingati.

Mungkin dengan kata-kata ada yang sukar difahami...
(Sila mainkan video ini)

Wednesday, September 9, 2009

Kesedihan menjelang RAMADHAN

Ramadhan kali ini agak berlainan untuk keluargaku. Bukan menafikan keindahan ramadhan yang sepatutnya diraikan, tetapi kesedihan yang tidak dapat dipaling. 30 Syaaban 1430 bersamaan Jumaat 21 Ogos 2009, sehari sebelum ummat islam menyambut Ramadhan yang dinanti, Allah telah mengutuskan malaikat Izrail membawa pulang nenek kesayanganku kepangkuanNya. Tidak dapat dinafikan, Aidilfitri yang bakal tiba juga akan terasa asing bagi kami sekeluarga. Bukan meratapi kematiannya, tapi menangisi kesedihan yang tidak dapat dikekang bagi seorang insan yang punya perasaan.

Hanya hadith nabi pengubat pilu, "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur". Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah..

Hadith Nasihat


Allah berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi, dipetik dari Kitab Al-Mawa'iz karangan Al-Ghazali :-

Wahai anak-anak Adam,

Aku hairan kepada orang-orang yang yakin dengan kematian, bagaimana ia masih bergembira?

Aku hairan orang yang percaya adanya hari perhitungan, tetapi ia masih leka mengumpul harta,

Aku hairan orang yang yakin dengan alam kubur, bagaimana ia masih ketawa?

Aku hairan orang yang yakin tentang hari akhirat, bagaimana ia masih lagi leka?

Aku hairan orang yang yakin tetang dunia ini akan musnah, tetapi ia tetap tenang diatasnya.

Aku hairan kepada orang-orang yang alim lidahnya tetapi jahil tentang hatinya.

Aku hairan kepada orang yang membersih dengan air tetapi ia tidak membersih dengan hati.

Aku hairan dengan orang yang suka mengambil tahu tentang keburukan orang lain, sedangkan ia lupa pada keburukan dirinya,

atau orang yang tahu sesungguhnya Allah akan membongkar segala maksiat yang ia lakukan,

atau orang yang tahu ia akan mati keseorangan dan bersendirian di dalam kubur dan akan di hisab berseorangan, bagaimana ia masih lagi bersuka ria bersama manusia?

Tidak ada Tuhan selain dari Aku dan Muhammad itu hamba-Ku dan Rasul-Ku


[ Dipetik daripada Prof Madya Mohd. Uzir Kamaluddin , Pensyarah UiTM Malaysia ]


Monday, September 7, 2009

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

Bermula la sebuah kisah tatkala perot aku dah berbunyi.. Jam menunjukkan pukul 430ptg. Waktu cmni memang ngam la kalau nak p bazar tambahan pulak kalau nak p bazar nun di Stadium Shah Alam sana. Kalau lambat alamat berbuka lepas isya' la jawabnya dek ketandusan didalam kesesakan lalulintas. Walaupun kerja berlambak, bazar tetap pegi punya... yaahhh..! hidup bazar Ramadhan!

Orang bukan main ramai lagi walaupun baru pukul 4. Ye la.. kalau tak ramai bukan bazar la namanya.. ape dah... Anyway, tiap kali smpai ja mesti ayat 1st yang keluar, 'wah..ramainye orang..Tapi seperkara yang dikesali, masyarakat setempat tidak mengambil endah dengan wabak penyakit yang melanda iaitu Influenza A H1N1. . ewahhh... Sepatutnya, bagi langkah pencegahan maka eloklah kita pakai topeng penutup mulut dan hidung, tapi yang berbuat demikian termasuklah aku hanya dapat dikira dengan jari sama ada jari jemari mahupun jari kaki..

Berbalik kepasa isu asal, hehee.. Bila sampai je semuanya nampak sedap dan mahu dibeli (begitulah nafsu manusia). Subjek utama aku kalau di bazar mesti nak cari nasik yang berlaukkan ayam. Aku pun tak tau kenapalah aku suka sangat nasik lauk ayam. Bila objektif dah tercapai, aku nak cari air la pulak. Tengok air macam-macam kaler ada, biru, hijau, kuning, merah, ungu dan pelbagai lagi kaler yang indah dipandangan mata, terliur dibibir.. Teringat ayat brader yang jual air soya, " yang sejuk di hati, yang cantik di mata, yang manis di pipi, yang panas dalam kuali....." lebih kurang mcm tu lah.. Air yang selalu menjadi pilihan aku adalah cendol dan fruit cocktail. Mangga pon sodap...

Kalu nak diceritakan juadah yang dijual memang la tak habis. Namun sesuatu yang tertarik dan menarik perhatianku adalah gerai 'Pecal Tanjung Karang' dan sotong salai..Orang yang Q kemain ramai. Aku pun tak tau sedap ke tak sebab belum cuba. Belum cuba belum tau, dah cuba pala tau haha.. Malah di kesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai juga yang mengambil kesempatan menyahut sabda nabi. Sabda Rasulullah, “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar). Berniaga pulak macam-macam asalkan halal. Ada jugak yang menarik perhatian aku bila cakap bab berniaga ni. Bazar Ramadhan pun ada orng jual belon.... hahai... Jesteru itu, ibu ayah yang bawak anak kecik terpaksalah membuat lencongan. Kalau tak, alamat kena pao lah oleh anak-anak mereka untuk mendapatkan belon yang terumbang ambing ditiup angin petang. Ada sekali tu aku tengok budak ni dah bergolek-golek macam ayam golek je nakkan belon tu namun ayahnya buat derk sahaja. Ayah yang cool.. Yang jual mercun & bunga api pun tidak ketinggalan..











Sebagai penutup kepada story aku yang aku sendiri akui tak best ini, aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam. Sambutlah bulan untuk ummat ini dengan pehuh amal, berbelanjalah berpada-pada supaya pembaziran dapat dielakkan.. Sama-sama moh kita merempit p solat Terawikh malam ni.. Wassalam..

Hala Tuju

Kemana hala tuju anda?
Arrghh...!!! Tak payah tanya org lain.. Patutnya aku tanya diri aku yang berdiri sendiri ini.. Dah cukup ke ilmu & kelulusan nak jadi engineer?(merujuk kepada diri aku yang mengambil jurusan kejuruteraan = engineering). Bila dah jadi engineer boley la hidup mewah.. Bila dah hidup mewah, benda 1st yang terlintas ialah pakai keta besar... Honda Civic Type-R paling koman, paling xkoman BMW Z4.

Bila dah kerja nanti, kumpul duit banyak2 pastu kawin.. Dah kawin honeymoon paling dekat di Australia, paling tak dekat di pulau buatan nun di Dubai. Kalau dalam bahasa baku yang telah dibukukan, pulau tu namanya Palm Island. (Bagi yang xpernah dengar, google je senang samada melalui google earth mahupun wikimapia, walaupun google je lah senang..)

Dah tu rumah pulak nak rumah banglo. Ejaan omputeh 'Bungalow'. Paling koman 2 1/2 tingkat, tak termasuk atap yang ketinggiannya bersamaan satu tingkat rumah yang belum siap. Garaj mau boleh masuk 2 bijik kereta (Honda Civic Type-R dan BMW Z4 seperti yang telah dinyatakan tadi) dan sebijik Superbike Ducati 1198S (kaler oren hitam, walaupun edisi ini hanya dijual dengan warna merah sahaja).
NAMUN!
Persoalan utamanya adakah aku dah bersedia membalas jasa kedua ibubapa aku...??? Adakah aku mampu merealisasikan impian dan harapan mereka untuk melihat aku berjaya di dunia untuk berjaya di akhirat? Dulu masa kecik2 tanya la sapa pon, cita2 nak bawak mak ayah pegi Mekah.. Berjayakah aku mengapai cita2 itu?

Sudahkah aku bersiap sedia dengan ilmu dan bekalan aku di akhirak kelak? Sempatkah aku mengharungi hari esok? Macam mana kalau aku dijemput Allah sedangkan aku masih belum melengkapkan diri dengan bekalan amal untuk aku redeem balik di Padang Mahsyar nanti? Sedangkan kalau nak bandingkan persiapan bekalan makanan untuk pergi picnic, awal2 lagi aku dah siapkan?

Aku insan lemah dan daif...

Sunday, September 6, 2009

MUHASABAH


Allah memuliakan orang yang bersifat Taqwa. Taqwa antara seorang dan orang yang lain berbeza-beza. Kalau kita menunjuk-nunjuk pada orang "taqwa" kita, itu bukan taqwa maknanya. Ada orang merasakan dirinya banyak ilmu agama, tapi jika taqwanya kurang, maka dia bukanlah orang yang berilmu. Orang yang bertaqwa punyai sifat redha dengan pemberian Allah padanya. Kita berusaha di dunia ini untuk memuaskan kehendak-kehendak kita, dan kita tak akan puas hinggalah kita masuk kubur. Salah satu sifat taqwa juga, adalah orang yang "humble" yaitu sifat merendah diri walaupun sebenarnya dia mulia dalam pandangan Allah. Tetapi zaman sekarang , ada orang suka merendah-rendahkan orang yang merendah diri (humble).

"Sesungguhnya, orang yang teramat mulia di antara kamu dalam pandangan Allah, ialah orang yang lebih taqwanya. ( Al-Hujurat:13)

Assalamualaikum...


Setiap perjalanan bermula dengan langkah yang satu..