Saturday, October 10, 2009

~:: Cherita Sepanjang Zaman ::~




Mengalahkan penjawat awam yang bakal menerima bonus tahunan, kerja yang sedia bertimbun menjadi lambakkan yang sukar dikekang. Resah memikirkan lambakkan yang tak terurus dek ditenggelami oleh nilai sensasi semasa, akan ku tetap kuatkan daya demi merealisasikan apa yang dicita. Wah wah... Tetiba plak aku mengeluarkan kata puitis bak pujangga hehe..


Dalam lambakan kerja yang teramat, hanya satu menjadi pemangkin semangat iaitu doa, agar tidak hanyut mengikut perasaan mengatasi pemikiran, yang kekadang tersalah letak kedudukannya. Moga aku terus mempunyai sifat necrophobia yang disamaertikan sebagai takut akan kematian. Lagi sekali terkeluar kata pujangga dariku hehe..

Tatkala penghujung tahun menjelmakan rupa, maka sinonimlah dengan kerunsingan dan keresahan yang menumpang dihati melengkapkan kisahku ini. Segalanya bertalu datang semacam diatur langkahnya. Tapi semuanya tidak menjadi jika kehadirannya bertujuan melemahkan semangatku. Aku tetap berusaha dan bertawakkal agar seluruhnya sempurna seperti sedia kala. You can't have a better tomorrow if you are always thinking about yesterday. Begitulah antara seungkap kata yang kembali menenangkan sanubariku.

Semuanya akan okay dipenghujung, jika ia tidak okay ianya bukanlah satu penghujung. Betul ke yang aku tulis nih? hehe.. Kembali kepada apa yang diperkatakan, kisahku ini bertambah kusut apabila keresahan yang sedia ada dek lambakkan kerja, ditambah pula oleh masalah peribadi yang disifatkan seperti aur dengan tebing. Mengapa aur dengan tebing? Sebab bila ada masalah kerja, datanglah si masalah peribadi menyibuk.. Sungguh bernasib baik kerana masalah Dunia tidak menumpang sama hihihi...

Apa pun, semuanya mestilah dipastikan siap dan sempurna walau apa jua keadaannya. Kepayahan dan kesusahan adalah lumrah kehidupan yang pastinya akan diakhiri dengan kesenangan. When you want something you've never had, you have to do something you've never done. Lagi sekali datang sebaris kata motivasi yang masih aku ingat di zaman persekolahan dulu yang sedikit sebanyak kembali menghidupkan "ketenanganku" (ketenanganku adalah maksud nama aku).

Eh, dah jauh rupanya aku melalut. Sebelum aku melalut lagi sakan, aku ingin mengingati diriku dan sahabat sekalian, berdoa lah kepada Ilahi walau apa jua musibah dan kepayahan yang datang. Usaha, doa dan tawakkal pasti akan disusuli dengan kejayaan. Insyaallah..


No comments:

Post a Comment