Saturday, October 3, 2009

Adakah ia satu petanda??


Bermula dengan ribut tropika Ketsana menumpahkan lebih 16 inci (40 sentimeter) hujan di ibu kota Filipina dalam tempoh hanya 12 jam dan menghanyutkan 60 nyawa. Tsunami di kepulauan Samoa. Disusuli dengan gempa bumi sekuat 7.6 skala Richter di Sumatera Barat mengorbankan ribuan manusia, hujan air batu dalam kejadian ribut di Tembeling Tengah yang jaran-jarang melanda Malaysia.

Kita selalu dengar orang kata “kalau menangis air mata darah sekalipun…”bermakna ianya mustahil berlaku. Tapi sekarang, Twinkle Dwivedi dan Rashida Khatoon, remaja dari India dan Amerika Syarikat ini berkongsi satu masalah penuh misteri yang membingungkan ramai iaitu mereka mengalirkan air mata darah.

Banyak kejadian pelik berlaku. Petanda kiamat yang orang ramai dah tau seperti, penzinaan berleluasa, penaklukan Baitulmuqaddis, menghias masjid dan membanggakannya, banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar, Orang hina mendapat kedudukan terhormat, Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai dan banyak lagi.

Aku lebih tertarik untuk memperkatakan tentang gempa bumi di Sumatera Barat Indonesia yang mengemparkan dunia baru-baru ini. Gempa bumi di Padang terjadi pada pukul 17:16,17:58 di Jambi & 08:52 pada hari berikutnya. Cuba perhatikan terjemahan Quran ayat surah 17:16, 17:58 dan 08:52. MasyaAllah, sahabat-sahabat diminta merujuk SURAH-SURAH DI ATAS.Lihatlah sahabat-sahabat, segalanya telah diaturkan Allah & tinggalkanlah segala larangan-Nya serta berpesan-pesanlah sesama kita sebelum azab Allah membersihkan segalanya. Dari web sahabat yang aku dapat aku cuba ketengahkan apa yang dimaksudkan:

  • Allah berfirman ,Surah 17 ( Al-Isra') ayat 16: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami akan perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu ( agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam negeri itu, maka sepantasnya berlakulah terhadpnya perkataan (hukuman Kami),kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu).
  • Allah berfirman, Surah 17 ( Al-Isra') ayat 58: Dan tidak ada suatu negeri pun( yang durhaka penduduknya ), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz).
  • Allah berfirman, Surah 8 (al-Anfal) ayat 52 : ( Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Fir'aun & orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksa-Nya.

Aku sekadar memperingati diri sendiri dan meperingati sahabat-sahabat sekalian. Mungkin masih ada masa sebelum pintu taubat tertutup. Bila pintu taubat akan tertutup? Rasulullah s.a.w. menjelaskan tentang batasan waktu Allah menerima taubat setiap hamba-Nya. Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal). (Riwayat Tirmizi).

Moga kalian berada dalam hidayahNya.. Wassalam…...

2 comments:

  1. salam bro.. info yg sgt bagus utk kita renung bersama.. masyaAllah.. Allah Maha Hebat.. Dia mengatur segala isi kandungan d muka bumi ini dengan terlalu sempurna.. marilah kita sama2 membaiki kelemahan diri.. insyaAllah~

    ReplyDelete
  2. sekadar berkongsi info dan ilmu yang sedikit ini

    ReplyDelete