





Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah satu..



This is a story about four people named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody. There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it. Anybody could have done it, but Nobody did it. Somebody got angry about that, because it was Everybody's job. Everybody thought Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it. It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anyone could have.

Bermula dengan ribut tropika Ketsana menumpahkan lebih 16 inci (40 sentimeter) hujan di ibu kota Filipina dalam tempoh hanya 12 jam dan menghanyutkan 60 nyawa. Tsunami di kepulauan Samoa. Disusuli dengan gempa bumi sekuat 7.6 skala Richter di Sumatera Barat mengorbankan ribuan manusia, hujan air batu dalam kejadian ribut di Tembeling Tengah yang jaran-jarang melanda Malaysia.
Kita selalu dengar orang kata “kalau menangis air mata darah sekalipun…”bermakna ianya mustahil berlaku. Tapi sekarang, Twinkle Dwivedi dan Rashida Khatoon, remaja dari India dan Amerika Syarikat ini berkongsi satu masalah penuh misteri yang membingungkan ramai iaitu mereka mengalirkan air mata darah.
Banyak kejadian pelik berlaku. Petanda kiamat yang orang ramai dah tau seperti, penzinaan berleluasa, penaklukan Baitulmuqaddis, menghias masjid dan membanggakannya, banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar, Orang hina mendapat kedudukan terhormat, Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai dan banyak lagi.
Aku lebih tertarik untuk memperkatakan tentang gempa bumi di Sumatera Barat Indonesia yang mengemparkan dunia baru-baru ini. Gempa bumi di Padang terjadi pada pukul 17:16,17:58 di Jambi & 08:52 pada hari berikutnya. Cuba perhatikan terjemahan Quran ayat surah 17:16, 17:58 dan 08:52. MasyaAllah, sahabat-sahabat diminta merujuk SURAH-SURAH DI ATAS.Lihatlah sahabat-sahabat, segalanya telah diaturkan Allah & tinggalkanlah segala larangan-Nya serta berpesan-pesanlah sesama kita sebelum azab Allah membersihkan segalanya. Dari web sahabat yang aku dapat aku cuba ketengahkan apa yang dimaksudkan:
Aku sekadar memperingati diri sendiri dan meperingati sahabat-sahabat sekalian. Mungkin masih ada masa sebelum pintu taubat tertutup. Bila pintu taubat akan tertutup? Rasulullah s.a.w. menjelaskan tentang batasan waktu Allah menerima taubat setiap hamba-Nya. Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal). (Riwayat Tirmizi).
Moga kalian berada dalam hidayahNya.. Wassalam…...



Allah berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi, dipetik dari Kitab Al-Mawa'iz karangan Al-Ghazali :-
Wahai anak-anak Adam,
Aku hairan kepada orang-orang yang yakin dengan kematian, bagaimana ia masih bergembira?
Aku hairan orang yang percaya adanya hari perhitungan, tetapi ia masih leka mengumpul harta,
Aku hairan orang yang yakin dengan alam kubur, bagaimana ia masih ketawa?
Aku hairan orang yang yakin tentang hari akhirat, bagaimana ia masih lagi leka?
Aku hairan orang yang yakin tetang dunia ini akan musnah, tetapi ia tetap tenang diatasnya.
Aku hairan kepada orang-orang yang alim lidahnya tetapi jahil tentang hatinya.
Aku hairan kepada orang yang membersih dengan air tetapi ia tidak membersih dengan hati.
Aku hairan dengan orang yang suka mengambil tahu tentang keburukan orang lain, sedangkan ia lupa pada keburukan dirinya,
atau orang yang tahu sesungguhnya Allah akan membongkar segala maksiat yang ia lakukan,
atau orang yang tahu ia akan mati keseorangan dan bersendirian di dalam kubur dan akan di hisab berseorangan, bagaimana ia masih lagi bersuka ria bersama manusia?
Tidak ada Tuhan selain dari Aku dan Muhammad itu hamba-Ku dan Rasul-Ku
[ Dipetik daripada Prof Madya Mohd. Uzir Kamaluddin , Pensyarah UiTM Malaysia ]


mengambil kesempatan menyahut sabda nabi. Sabda Rasulullah, “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar). Berniaga pulak macam-macam asalkan halal. Ada jugak yang menarik perhatian aku bila cakap bab berniaga ni. Bazar Ramadhan pun ada orng jual belon.... hahai... Jesteru itu, ibu ayah yang bawak anak kecik terpaksalah membuat lencongan. Kalau tak, alamat kena pao lah oleh anak-anak mereka untuk mendapatkan belon yang terumbang ambing ditiup angin petang. Ada sekali tu aku tengok budak ni dah bergolek-golek macam ayam golek je nakkan belon tu namun ayahnya buat derk sahaja. Ayah yang cool.. Yang jual mercun & bunga api pun tidak ketinggalan..

